Bangie Embol, Tokoh Kraf Negara 2024

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kraf Tekstil Tenunan Pua dan pakar tenunan Iban, Bangie Anak Embol dinobatkan sebagai Tokoh Kraf Negara 2024 sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini pada Sabtu.

Bangie dilahirkan 8 Mei 1945 berasal dari Kapit turut meraih RM 60,000 telah melibatkan diri dalam bidang seni Tenunan Pua lebih kurang 40 tahun dan mewarisi seni kemahiran ini dari kedua ibu bapanya sejak remaja lagi.

Antara pencapaian beliau ialah menyertai pertandingan Wicitra anjuran Kraftangan Malaysia (1990), menjadi jurutunjuk kelas Tenunan Pua anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) dan Sarakup Dayak Iban Association (SADIA) Pampang (1994 – 1995) dan jurutunjuk kepada pelatih Kraftangan Malaysia.

Selain itu, menyertai pameran dan demonstrasi di Paris, Bangkok, Manila dan Singapura, pertandingan Kraftangan peringkat negeri Sarawak (1998), menang hadiah pertama pertandingan Penggunaan Warna Asli Dalam Tenun Ikat (Pua) anjuran UNESCO di Bangkok (1998), pertandingan Pua Kumbu anjuran ‘The Tun Jugah Foundation’ (1998) dan menyertai Pameran Pua Kumbu di Ethnographis Museum, Sweden (1999).

Bangie merupakan antara tokoh yang berjaya dalam bidang seni kraf tenunan dan di atas sumbangannya dalam bidang seni kraf Tenunan Pua telah dilantik oleh Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru Kraf Tenun Pua pada 2000.

Turut disampaikan anugerah Usahawan dan Koperasi Kraf kepada Jasni Abdullah, usahawan kraf tekstil batik, anugerah Komuniti Kraf kepada Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kraf Batik Lenggong, Perak.

Selain itu, Kedutaan Republik Rakyat China, Uzbekistan, Thailand, dan jurudemo India turut menerima sijil penghargaan yang menyertai Demonstrasi Kraf Antarabangsa bersempena HKK 2024 bertujuan memberi pendedahan dan maklumat kepada pengunjung mengenai cara penghasilan produk kraf dari negara mereka.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Tiong King Sing, dalam ucapannya berkata, HKK 2024 merupakan platform dari MoTAC dan Kraftangan Malaysia mendekatkan usahawan dan komuniti kraftangan memasarkan terus produk kraf tempatan dan antarabangsa kepada pengguna.

Dalam pada itu, Anwar dalam ucapan ketika meluncurkan HKK 2024 berkata, keperluan untuk diperhebatkan promosi hasil tempatan, kraftangan, batik, songket dari setiap negeri bagi mengangkat martabat hidup rakyat miskin.

Beliau mencadangkan saguhati kepada semua perwakilan asing sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang dipengerusikan Malaysia tahun depan harus terdiri daripada produk kraftangan sekaligus dapat mempromosi karya tempatan kepada dunia.

“Perlunya sinergi antara kementerian serta agensi bagi memastikan industri tersebut kekal berdaya saing dan lebih berkembang, meliputi pelbagai elemen yang saling berkaitan, antaranya perkhidmatan, keselamatan, kemudahan serta daya tarikan, ”katanya.

Sementalah itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kraftangan Malaysia, anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh kerajaan melalui kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 1996.

Tokoh ini merupakan pakar rujuk yang mempunyai kredebiliti serta menunjukkan ketokohan, prestasi dan sumbangan yang cemerlang dalam usaha memulihara, memelihara serta memartabatkan seni kraf negara di peringkat nasional dan antarabangsa.

Selain itu, ianya memberi galakan dan semangat kepada pengusaha kraf berkemahiran supaya lebih kreatif, inovatif dan produktif agar dapat mempertahankan seni kraf tempatan di samping menyumbang kepada perkembangan sosioekonomi negara.

HKK 2024 kali ke – 21 berlangsung sehingga 4 Mac ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) bagi memberi pengiktirafan kepada pembangunan industri kraf negara melibatkan seramai 640 usahawan bidang kraf tekstil, hasil logam, hasil rimba, hasil tanah dan aneka aksesori.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Akbar Khan, Ketua Setiausaha MoTAC, Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman, TKSU MoTAC (Kebudayaan), Mohd Yusri Mohd Yusof, TKSU MoTAC (Pengurusan), Datuk Shaharuddin Abu Sohot dan Ketua Pengarah Kraftangan, Datuk Ainu Sham Hj.Ramli.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat