Trio Terhebat(Vol 1) Kolaborasi perayaan suara Once Mekel, Marcell & Bams

- Advertisement -

Konsert Trio Terhebat (Vol1) bakal menyaksikan kolaborasi 3 jejaka berkarisma, berpesona dan mempunyai Vokal luar biasa iaitu Once Mekel, Marcell dan Bams (ex Samsons) akan berada di atas satu pentas untuk menghiburkan peminat di Malaysia.

konsert Trio Terhebat ini akan berlangsung pada 4 Mei 2024 di Plenary Hall, Kuala Lumpur, Tiga nama ini sahaja sudah membuatkan peminat getar apatah lagi apabila persembahan  daripada ketiga tiga penyanyi lelaki solo ini yang akan membuat peminat mengilai seperti disihir di konsert itu nanti.

Konsert ini dibawakan khas oleh Arena Muzik dengan sokongan Icon Entertainment. Bagi Arena Muzik dan ICON Entertainment, menggabungkan Once, Marcell dan Bams dalam Trio Terhebat umpama membawa penonton hadir dalam ‘perayaan vokal dan bonus berganda dengan tiga penyanyi solo lelaki di atas satu panggung.

“Membawa dan menganjurkan Trio Terhebat (Vol 1) adalah projek yang kami sifatkan sebagai konsert penuh magis kerana penyanyi solo lelaki yang ada di dalam ini.

“Once Mekel, Marcell dan Bams adalah tiga nama besar dalam belantika muzik nusantara. Mereka sudah mencetak banyak sejarah dan tentu saja mempunyai ramai peminat yang terkumpul sejak masing-masing berkarier sebagai penyanyi.

“Jadi Trio Terhebat akan menjadi konsert terbaik daripada Once Mekel,Marcell dan Bams untuk disaksikan kerana di panggung Trio Terhebat mereka ‘bertiga bukan sahaja pertama kali bergabung tetapi di sini peminat akan terus ‘disihir’ dengan karisma mereka.

“Malah bonus buat peminat adalah mereka membayar satu harga untuk menikmati persembahan daripada tiga vokalis hebat dalam satu malam,

” Mike Manicka wakil ICON Entertainment Melihat Trio Terhebat sebagai idea dan gabungan baik yang belum pernah dilakukan dalam persembahan sebelum ini, Once tidak mengambil masa lama untuk bersetuju.

Penyanyi lelaki yang cukup dikenali dengan vokal jantan ini dijangka akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu daripada album solonya termasuk Hilang Naluri. Kucinta Kau Apa Adanya dan Untuk Kita.

Once, 53, juga dlijangka mengalunkan lagu yang cukup popular di Malaysia, Dealova pada Konsertitu nanti,Selain Once, Marcell juga sudah punya senjata yang cukup ampuh untuk membuai emosi peminat dalam Trio Terhebat kelak.

Marcell bakal mendendangkan lagu-lagu seperti Semusim, Firasat, Takkan Terganti, Mendendam, Peri Cintaku dan Jangan Pernah Berubah. Begitu juga Once Mekel menuangkan emosi melalui lagu-lagu seperti Dealova, Hilang Naluri, Kucinta Kau Apa Adanya dan Ditentukan Untuk Bersama. Dan semestinya buat yang merindukan Bams melagukan kembali Naluri Lelaki, Kenangan Terindah, Akhir Rasa Ini dan Kisah Tak Sempurna.

Tiket-tiket dengan harga RM268, RM308, RM358, RM358, RM458,RM558 dan RM1388 boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.com. Pemegang kad kredit Maybank akan menerima potongan harga sebanyak 12 peratus. Manakala pemegang kad debit Maybank pula menerima potongan harga 10 peratus.

Informasi
ACARA: TRIO TERHEBAT (VOL 1)
ARTIS: ONCE MEKEL, MARCELL, BAMS (EX SAMSONS)
LOKASI: PLENARY HALL, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
TARIKH: 4 MEI 2024
HARGA TIKET: HANYA MEMUJI(RM268), SEMUSIM (RM308), HILANG NALURI (RM358),
AKHIR RASA INI (RM458), DEALOVA (RM558) DAN KENANGAN TERINDAH (RM1388).
PROJEK KHAS: ARENA MUZIK
DISOKONG: ICON ENTERTAINMENT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat