Segera kesan dalang, hadap ke muka pengadilan – PM gesa PDRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera mencari dalang serangan Balai Polis Ulu Tiram untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

“Saya menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera mencari dalangnya dan hadapkan ke muka pengadilan,” tegas Anwar dalam kenyataan media pada Jumaat.

Perdana Menteri menzahirkan rasa sedih apabila menerima laporan dua anggota polis Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang terbunuh dalam satu serangan ganas awal pagi tadi di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

“Saya juga mendoakan semoga Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin.

“Insiden ini ternyata memilukan dan menggemparkan negara, dan saya utus takziah buat keluarga,” ucap beliau.

Justeru Anwar berkata, berdasarkan maklumat awal mengenai serangan tersebut yang telah diterima setakat ini beliau menggesa tindakan lanjut diambil untuk mengesan dalangnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat