Orang muda usahlah terpukau dengan TikTok pembangkang, tak berfaedah – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menyeru golongan muda berusia di bawah 24 tahun tidak terpukau dengan penggunaan TikTok oleh pemimpin pembangkang yang tiada faedah.

Beliau berkata, sebaliknya adalah lebih berfaedah melayari laman sosial pemimpin kerajaan serta kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan yang terbukti sudah banyak menghasilkan kejayaan.

Katanya, tidak wajar untuk terpengaruh dengan dakyah pembangkang kerana tidak boleh memberikan apa-apa yang boleh membawa manfaat.

“Jangan kita terpukau dengan TikTok pemimpin pembangkang, untuk apa jadi pembangkang?

“Cuba kita hilangkan kebuntuan dalam kepala dan jawab soalan ini. Apa faedah bersama pembangkang, tidak boleh melakukan banyak perkara. Tetapi kerajaan yang boleh melakukan banyak perkara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan 12 Projek Siap oleh Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lapor Harian Metro pada Rabu.

Beliau mengulas mengenai kajian Institut Darul Ehsan (IDE) apabila menyatakan kejayaan Kerajaan Perpaduan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lalu adalah disebabkan oleh undi kategori umur 41 tahun ke atas.

Menurut IDE, Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh undi pengundi muda yang berusia 18 hingga 24 tahun.

Mengulas dapatan IDE, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, beliau tidak tahu sejauh mana kebenaran kajian itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menidakkan kajian yang dibuat institut berkenaan.

Sementara itu, Ahmad berkata, jika berlaku pilihan raya kecil (PRK) di tujuh kawasan yang membabitkan tujuh wakil rakyat pembangkang, PH akan menyapu bersih semua kerusi berkenaan.

Katanya, ia boleh berlaku susulan notis yang dihantar oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) berkaitan perlembagaannya.

“Saya menyerulah, mengambil kejayaan di PRK KKB, kita Umno dan Barisan Nasional mempunyai keyakinan boleh memenangi tujuh kawasan berkenaan jika kita diberikan peluang untuk bertanding…yang mana tujuh kerusi itu sebenarnya kerusi Umno dan BN.

“Saya menyebut sebelum ini, selaku Ketua Sekretariat War Room (bilik perang) agar ketujuh-tujuh tempat itu membuka ‘war room’ masing-masing.

“Kita kena bersiap. Kemenangan di Kuala Kubu Baharu amat mengajar kita kekukuhan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kemenangan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat