Loop Festival mendapat sambutan seramai 7000 peminat hadir.

- Advertisement -

Loop Festival berjaya menarik seramai 7000 penonton untuk hadir dan menyaksikan persembahan yang terdiri daripada penyanyi  dan band tanah air yang popular. Festival berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil menyaksikan pelbagai genre muzik antaranya Rock, Dangdut, R&B Irama Malaysia, Hip Hop dan banyak lagi yang  bermula pada pukul 2 petang.

Kini trending Festival sebegini yang telah mendapat sambutan terutama daripada anak- anak muda yang inginkan hiburan yang mana peminat boleh menyaksikan pelbagai genre muzik di atas satu pentas serta meilhat artis kesayangan mereka beraksi serta berhibur dengan teman-teman.

Antara artis artis tanah air yang membuat persembahan adalah Dato Sri Siti Nurhaliza, Noraliza Idris, Aishah Retno, Dayang Nurfaizah, Sufian Suhaimi, Xpdc, Insomniacks, Masdo serta ramai lagi. Antara mereka ini adalah artis yang mendominasi carta tanah air serta telah membawa aura serta pengaruh yang kuat dan memberi impak sehingga hari ini.

Festival yang bermula pada pukul 2 petang itu telah dibuka oleh persembahan daripada Disco Santan, Arish Mikail, Usop, Nadeera Zaini, Ronnie Hussein, Aishah Retno, dan Sufian Suhaimi bagi sesi pertama petang itu.

Seterusnya untuk sesi ke dua bermula dengan persembahan daripada Disco Santan, XPDC, Lucidrari dan Noraniza Idris. Walaupun tiada kelibat vokalis XPDC, Ali persembahan daripada XPDC tetap memberi Impak sehingga membuatkan gemuruh seluruh dewan dengan sorakan.

Untuk Sesi terakhir malam pula ianya adalah persembahan yang paling dinanti nantikan kerana barisan artis terdiri daripada penyanyi/ band yang cukup terkenal tanah air, Pentas diambil alih oleh penyanyi Dayang Nurfaizah, Siti Nurhaliza, Amelina, Isomniacks dan akhir sekali adalah daripada kumpulan Masdo. 

Sudah tentu sorakan gemuruh di seluruh genap arena apabila menyaksikan penyanyi serta kumpulan yang diminati beraksi di atas pentas. penutup menyaksikan senyuman kepuasan pada setiap penonton yang hadir kerana dapat menyaksikan persembahan daripada artis kegemaran mereka.



-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat