Suara rakyat kembali berkumandang di Parlimen, terima kasih Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Titah Yang di-Pertuan Agong semalam yang membenarkan Dewan Rakyat kembali bersidang dianggap peluang terbaik untuk semua ahli Parlimen membuktikan dan mengembalikan kekuatan Parlimen sebagai medan sebenar suara rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kepada semua ahli Parlimen, tidak kiralah dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, ambillah ruang dan peluang ini untuk kembali bersidang.

“Bahaskanlah secara serius serta objektif akan jalan keluar dari segala kemelut ekonomi dan kesihatan awam yang sedang kita hadapi ini.

“ Ketepikan sebentar pergeseran ideologi politik dan perebutan kuasa. Sebaliknya, manfaatkanlah ruang ini untuk memberikan kepimpinan terbaik kepada masyarakat dan negara,” beritahu Khaled.

Susulan titah Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa Dewan Rakyat (Parlimen) boleh kembali bersidang dan Perdana Menteri hendaklah menasihati Seri Paduka Baginda dengan satu tarikh yang difikirkan sesuai.

“ Sudah pasti keputusan dan titah sedemikian akan disambut baik oleh semua pihak.

“ Saya secara peribadi menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keprihatinan dan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini.

“ Semoga amalan demokrasi berparlimen negara ini akan terus matang dan kita semua akan mendapat manfaat yang selayaknya,” kata beliau. -SuaraTV

Baca lagi :

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat