PAS yakin bukan UMNO yang terliur dengan DAP-PH sekadar ghairah kelompok kecil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS meletakkan sepenuh kepercayaan kepada UMNO malah menganggap kalau pun ada yang terliur kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH) itu hanyalah tindakan individu bukan keputusan UMNO,” kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Mokhtar Senik.

Ujar beliau, soal ada desas-desus yang mengatakan UMNO mula berminat kepada DAP dan akan meninggalkan Muafakat Nasional (MN) itu tidak pernah menjadi ‘peluntur’ kepada kesegaran muafakat ini yang didukung penuh oleh ahli-ahli PAS dan UMNO di seluruh negara.

“Kalau pun ada yang terliur kepada DAP dan PH itu hanyalah tindakan individu bukan keputusan UMNO.

“Jika ada individu yang berkepentingan, itu kita tak dapat halang. Sebagaimana dalam PAS pernah ada individu yang ‘menitik air liur’ dengan janji-janji DAP. Itu keghairahan kelompok kecil yang kemudiannya tertubuhnya Amanah.

“ Perkembangan itu bukannya menggambarkan hasrat PAS secara keseluruhan. Buktinya mereka diterajang keluar oleh ahli-ahli PAS melalui jendela Muktamar 2015,” katanya.

Mokhtar berkata, walaupun banyak pihak cuma memburukkan UMNO, kononnya UMNO dah pilih PH dengan harapan PAS meluat untuk bersama UMNO dan ada cubaan yang memburuk-burukkan PAS kononnya PAS akan meninggalkan MN kerana sudah sangat selesa dengan PerN agar UMNO hilang kepercayaan kepada PAS.

Namun kata beliau perkara seperti itu tidak perlu dilayan.

“Sepatutnya sebagai pemain politik yang matang kita abaikan suara-suara individu walaupun ia ahli parti.

“Apa yang penting kedua-dua parti Melayu Islam yang terbesar ini terus mengukuhkan muafakat dengan semakin memperbanyakkan program bersama,” ujarnya.

Kata Mokhtar lagi, walau apapun yang berlaku dalam PN dan MN, UMNO, PAS dan Bersatu jangan sekali-kali mengambil sikap mahu bersendiri.

Kerana menurutnya, tiada siapa yang akan menang dan menjadi kerajaan jika bersendiri.

“Kecuali keluar dari PN atau MN, dan menjual diri dengan harga yang murah kepada DAP dan PH.

“Mari kita berpakat baik-baik, jika mahukan umat Melayu Islam terus berkuasa dan DAP atau PH dinafikan di Parlimen. Kalau niat kita ikhlas Allah akan membantu dan memberikan pertolongan yang besar kepada kerajaan ini.

“Lepas itu jaga perpaduan ini baik-baik. Jangan ada siapa nak jadi ‘Abang Long’ kepada siapa. Kerana siapa pun yang jadi Abang Long dia tetap tidak akan mampu hidup sendiri tanpa Abang Ngah Dan Abang Chik.

“Pembahagian kerusi setiap parti akan memerlukan dua parti rakannya, tujuannya agar tidak berlaku dominasi yang memburukkan gabungan dan kerjasama,” jelas Mokhtar.

Hal demikian katanya, untuk tujuan itu kita hendaklah terus melangkah dengan nawaitu yang ikhlas demi agama, bangsa dan negara yang tercinta.

“ Jangan letakkan kepentingan diri lebih utama dari perjuangan ini,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat