Sidang Parlimen: Mimpi Ngeri Buat Muhyiddin – Aziz Kaprawi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Billah semalam yang menitahkan Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat menjadi mimpi ngeri buat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi berkata, rakyat amat mengalu-alukan sidang Parlimen dapat diadakan pada tarikh yang ditetapkan kelak bagi memastikan sistem demokrasi berparlimen dapat dijalankan dengan sempurna.

“Perkara ini amat penting dalam menghadapi tiga krisis utama yang melanda negara kita iaitu krisis pandemik COVID-19, krisis ekonomi dan krisis kerajaan minoriti.

“Saya percaya melalui sidang parlimen ini, segala tindakan dan keputusan kerajaan dalam menghadapi krisis ini dapat disemak oleh ahli dewan parlimen supaya tidak berlakunya unsur kepentingan politik atau peribadi dalam setiap tindakan kerajaan tersebut,” catat beliau melalui Facebooknya.

Ujar Aziz lagi, perkara ini jelas dilihat apabila sepanjang tempoh darurat dan PKP yang diwartakan oleh kerajaan awal tahun lalu jelas menampakkan kelemahan dan kepincangan dalam menentukan SOP sehinggalah kepada perubahan pendirian mengenai pembukaan sekolah yang akhirnya amat menyusahkan rakyat.

“Rakyat sendiri mempersoalkan logik kerajaan apabila sedikit demi sedikit kelonggaran diberikan terhadap SOP tetapi masih mewartakan majoriti negeri dalam keadaan PKP.

“Sehingga kini, belum ada apa-apa Akta Darurat digunapakai bagi menangani pandemik ini. Rakyat hanya melihat seolah-olah darurat ini hanya memberi ‘lesen’ kepada Kerajaan PN untuk berkuasa sepenuhnya dengan menggantung parlimen.

‘Perkara ini memberi gambaran seolah-olah cabang legistatif dalam sistem demokrasi berparlimen negara kita sengaja dilumpuhkan sehingga mengakibatkan cabang eksekutif boleh melakukan sesuka hati tanpa perlu dipertanggungjawabkan kepada parlimen. tegasnya.

Beliau juga yakin titah YDP Agong ini dapat memberi kelegaan dan harapan kepada rakyat supaya amalan demokrasi berparlimen negara ini dapat disambung semula dan Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin tidak lagi boleh membuat sesuatu tindakan sewenang-wenangnya.

Aziz juga menggesa agar YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera menasihatkan YDP Agong supaya sesi parlimen dapat dijalankan dengan segera supaya pengurusan krisis yang dilakukan oleh kerajaan adalah benar-benar memberi kesan.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan Istana Negara semalam menyebut bahawa perkara berkenaan termaktub dalam sub perenggan 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat