Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum (PRU) dan jika silap langkah Bersatu boleh meninggal.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi dalam nada sinis dan sarkastik membangkitkan persoalan kepada Perdana Menteri mana yang lebih sakit semalam sama ada dicucuk vaksin Covid-19 atau titah Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.

“Nak tanya Muhyiddin, semalam mana yang lebih sakit. Kena cucuk vaksin atau Titah YDP Agong bahawa Parlimen boleh bersidang.

“Tiba tiba angka Covid-19 mencanak naik 3545 kes,” bidas Puad.

Menurut Puad, situasi politik semasa memberi bayangan bahawa Bersatu ibarat telur di hujung tanduk.

“Kehilangan Johor dan Perak di ketika Bersatu amat berkuasa di Kerajaan pusat menghiris hati pemimpin Bersatu.

“Bersatu memang runsing apabila 147 Ketua UMNO Bahagian menolak kerjasama dengan Bersatu.

“Itu bermakna UMNO tetap bertanding di 16 kerusi lompat dari UMNO ke Bersatu,” kata Puad.

Justeru, kata beliau, maka apa yang tinggal untuk Bersatu?

“Pagoh sendiri belum tentu dapat dipertahankan. Apa jaminan bukan Melayu akan mengundi Bersatu?

“Bersatu bukan parti akar umbi. Tun Dr Mahathir Mohamad rancang jika Pakatan Harapan (PH) berkuasa, cawangan UMNO automatik jadi cawangan Bersatu.

“Sekarang apa jadi? Boleh tanya tak, berapa cawangan Bersatu di 16 kerusi lompat. Contoh Larut dan Mersing. Saja tanya. Jangan saman pula,” sindir Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat