Fokus Urus Negeri, Elak Jadi ‘MB Perlis Tersingkat Dalam Sejarah’ -Fadhli Shaari

Cyberjaya – Ketua Penerangan PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari, hari ini agar kepimpinan Menteri Besar (MB) Perlis yang baharu supaya terus fokus mengurus hal ehwal pentadbiran negeri dan tidak mencampuri urusan dalaman parti lain.

Menurutnya, tindakan menamatkan keahlian tiga bekas ADUN PAS adalah bertepatan dengan disiplin yang termaktub dalam Perlembagaan parti, dan PAS tidak boleh bertolak ansur terhadap pelanggaran disiplin sedemikian.

“MB cukup jaga negeri dan pastikan tidak jadi MB Perlis tersingkat dalam sejarah — itu sudah mencukupi,” katanya dalam hantaran terbaru beliau di media sosial.

Fadhli turut menolak idea bahawa ADUN PAS perlu “berperang” dalam arus politik seperti yang pernah berlaku sebelum ini apabila seorang ADUN daripada BERSATU mengisytiharkan perang terhadap kepimpinan MB Perlis pada November 2023 kerana tidak dilantik menjadi Exco.

Beliau berkata, meskipun enam orang ADUN PAS mempunyai hak dan peranan masing-masing, pendekatan parti tetap berlandaskan kepada kepentingan rakyat terlebih dahulu, bukan konfrontasi atau tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat