Muhyiddin Umum Tidak Bertanding Dalam PRN Johor

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang disandangnya sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Ditemui media sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU di sini malam ini, Muhyiddin menjelaskan keputusan itu dibuat bagi membolehkan lebih ramai calon muka baharu ditampilkan parti itu dalam PRN berkenaan.

“Saya mungkin tidak akan bertanding. Ini terserah kepada pimpinan tentukan (calon). Saya mahu tumpukan sepenuh masa kepada yang lebih utama iaitu Parlimen, menguruskan parti pada peringkat pusat dan menyampaikan mesej perjuangan kita.

“Jadi saya mahu bagi peluang kepada tokoh di Johor dan terserah kepada merekalah siapa yang mahu diisi, kita akan putuskan nanti,” katanya di sini.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Muhyiddin menang di DUN Gambir selepas memperoleh majoriti 3,088 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk M Asojan serta calon PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memaklumkan tarikh penting iaitu hari penamaan calon, hari mengundi awal dan mengundi biasa bagi PRN Johor selepas mesyuarat khas mereka pada 9 Februari ini.

PRN Johor diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada Sabtu lalu berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat