Ismail Sabri ingatkan semua pihak waspada ketidaktentuan cuaca

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua pihak supaya berwaspada dengan ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun pada 27 hingga 29 Disember ini dengan hujan berterusan dijangka di timur Sabah dan barat Sarawak.

Justeru, Perdana Menteri berkata beliau mengerahkan semua agensi bertanggungjawab supaya sentiasa bersedia dan berwaspada sekiranya menghadapi gelombang kedua, termasuk pasukan keselamatan diletakkan secara strategik di kawasan berisiko tinggi.

“Orang ramai diminta berjaga-jaga kerana angin kencang dan laut bergelora turut diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26 Dis-29 Dis,” katanya.

Ismail Sabri turut meminta semua pihak bersedia menghadapi sebarang dugaan dan mengambil iktibar daripada pengalaman sebelum ini.

Sementara itu, dalam catatan berasingan di Facebook, Perdana Menteri menzahirkan rasa terharu dengan pengorbanan pasukan keselamatan sepanjang bertugas melaksanakan operasi bantuan banjir.

“Ketika mereka bertarung nyawa menyelamatkan mangsa, ada sebahagian anggota keselamatan turut kehilangan rumah dan harta benda, malah tidak tahu ke mana ahli keluarga mereka dipindahkan akibat bencana.

Mereka sanggup berkorban dan mengetepikan kepentingan diri demi keselamatan negara dan Keluarga Malaysia. Terima kasih frontliners (barisan hadapan), terima kasih semua!,” menurut catatan itu.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat