Merotai boleh maju, cuma tunggu pemimpin yang tahu atur gerak perubahan- Ruji

MEROTAI – Calon PH DUN Merotai Datuk Ruji Ubi akui semakin lama beliau mendekati warga Merotai, semakin kuat keyakinannya bahawa kawasan ini mampu melangkah jauh jika dipandu dengan pengalaman dan hala tuju yang jelas.

Menurut bekas Ketua Setiausaha beberapa kementerian di Putrajaya itu, perjalanan kerjaya beliau selama ini banyak mengajar bahawa pembangunan bukan sekadar projek, tetapi satu proses membina keyakinan rakyat terhadap masa depan mereka sendiri.

“Hari ini, ketika saya berbual dengan penduduk, di Kampung Sri Bombalai saya melihat potensi besar yang menunggu untuk diterjemahkan menjadi peluang dan kemajuan.

“Merotai bukan kekurangan kemampuan — ia hanya menunggu pemimpin yang tahu bagaimana untuk menggerakkan perubahan dengan teratur, tersusun dan memberi kesan nyata kepada kehidupan masyarakat,” ujarnya.

Menurut Ruju lagi beliau datang dengan kesediaan untuk bekerja, bukan dari kosong, tetapi dengan pengalaman yang telah mengukuhkan kefahaman beliau tentang apa yang diperlukan untuk membawa sebuah kawasan ke hadapan.

“Terima kasih kepada semua yang menerima saya dengan terbuka dan berkongsi pandangan tanpa berselindung.

“Saya yakin, dengan mandat rakyat, Merotai boleh menjadi kawasan yang lebih maju, lebih terurus dan lebih bersedia untuk masa depan yang lebih besar,” tegas Ruji.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat