Kerja Nyata Bung Moktar Bukti Masih Diperlukan di DUN Lamag

KINABATANGAN, — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menyifatkan kepimpinan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin masih relevan dan diperlukan di DUN Lamag berdasarkan hasil kerja nyata yang telah dilaksanakan sepanjang perkhidmatannya.

Menurut Zaidy, hasil tinjauan dan penglibatan beliau dalam siri kempen di kawasan tersebut mendapati majoriti penduduk masih meletakkan keyakinan terhadap Bung Moktar untuk terus mewakili mereka sebagai ADUN Lamag.

“Daripada sesi libat urus bersama penduduk, jelas mereka mahukan beliau dikekalkan kerana merasakan kepimpinannya memberi kesan langsung kepada pembangunan masyarakat di situ,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Beliau turut berkongsi kisah seorang anak jati Lamag, Junaidi bin Ahmad Sultan, yang kini melanjutkan pengajian Sarjana Perancangan Bandar di Universiti Malaya hasil tajaan pendidikan daripada Bung Moktar.

Zaidy berkata, bantuan pendidikan itu membuktikan komitmen Bung Moktar dalam melabur terhadap masa depan anak muda di kawasan tersebut melalui sokongan berterusan terhadap peluang pendidikan tinggi.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa majoriti kepimpinan komuniti di Lamag kini digerakkan oleh golongan muda berusia bawah 40 tahun yang diberi ruang dan sokongan oleh Bung Moktar untuk memimpin serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat.

Zaidy menegaskan, kepimpinan yang konsisten dan turun padang seperti ditunjukkan oleh Bung Moktar adalah model kepimpinan yang diperlukan bagi memastikan pembangunan Lamag terus bergerak ke hadapan.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat DUN Lamag agar terus memberi kepercayaan kepada Bung Moktar Radin, yang menurutnya mempunyai rekod jelas dalam memperjuangkan pendidikan, kebajikan serta pembangunan belia selari dengan aspirasi dan manifesto Barisan Nasional Sabah.  

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat