‘DOLLA” melancarkan Album terbaru mereka yang berjudul “NEW CLASSIC”

- Advertisement -

Satu kebanggan buat Universal Music Malaysia apabila kumpulan empat gadis jelitawan dibawah naungan mereka iaitu ‘DOLLA’ telah berjaya menghasilkan album pertama mereka yang berjudul ‘New Classic’ yang kini telah dilancarkan secara digital.

Album terbaru “New Classic’ DOLLA ini mendapat sentuhan daripada produser tempatan dan antarabangsa yang amat disegani di rantau ini seperti Hyuk Shin dari Korea Selatan, album tersebut mengandungi tujuh lagu lima lagu baru dan dua lagu yang telahpun dilancarkan terlebih dahulu yang menggabungkan pelbagai genre dari Dance-Pop ke R&B.

Dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby, Dolla telah menjadi Idola anak anak muda apabila telah memenangi Anugerah Kumpulan/Duo/Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke-35.

Satu per satu single mereka telah mendapat hits dan tranding di pelbagai senarai serta carta dan diangkat sebagai #1 dalam kategori video dan #2 dalam kategori muzik di YouTube Malaysia. Ia juga berjaya mencapai 200,000 tontonan dalam masa 24 jam dan 500,000 tontonan dalam 4 hari.

Sejak ia mula dilancarkan tiga bulan lalu, ‘Damelo’ telah ditonton dan distrim sebanyak 2.4 juta kali di platform YouTube. Ia juga menjadi salah satu lagu tersenarai di dalam Spotify Top 200 dan Apple Music Top 200 dalam 7 hari dari tarikh pelancaran. Pencapaian yang hebat ini secara tidak langsung menjadikan DOLLA salah satu artis berkumpulan yang membawa impak paling besar di Malaysia.

Tujuh lagu yang terkandung dalam album ‘New Classic’ adalah ‘CLASSIC’, ‘DAMELO’, ‘MASA’, ‘drip’, ‘best side’, ‘BO$$ UP’ dan ‘DAMELO’ (versi Bahasa Inggeris)’. Lagu utama iaitu ‘CLASSIC’ serta ‘BO$$ UP’ diterbitkan oleh Hyuk Shin, seorang produser album dan penulis lagu dari Korea Selatan yang amat tersohor di kalangan artis ‘A-list’ di dunia.

Dia pernah berkolaborasi dengan bintang-bintang bertaraf superstar seperti Justin Bieber, Anderson Paak, Blackbear, Dean, NCT, Super Junior, TXT, Exo, Monsta X, Shinee, Girls’ Generation dan ramai lagi. ‘CLASSIC’ sebagai title track bagaikan merumus keseluruhan album dengan rentak dan lirik yang pasti menjadi siulan ramai terutamanya anak-anak muda.

Lebih-lebih lagi dengan mesej positif pemerkasaan diri yang terkandung di dalamnya, ‘CLASSIC’ tentunya lagu yang bakal menjadi malar segar dan kekal relevan sepanjang zaman. Muzik video bagi lagu ‘CLASSIC’ yang turut dilancarkan hari ini di platform YouTube difilemkan secara keseluruhan di Thailand.

“Proses penghasilan album ini mengambil masa lebih kurang setahun. Saya amat berbangga untuk menyatakan bahawa DOLLA sebagai kumpulan terlibat secara aktif dalam setiap proses kreatif penghasilan album ‘New Classic’. Contohnya, lagu ‘drip’ merupakan lagu pertama menyaksikan kumpulan DOLLA menulis lirik dan menggubah melodi. Kami bekerjasama dengan begitu ramai penulis dan produser yang amat dihormati di dalam industri ini.

“Walaupun mempunyai kredibiliti yang hebat, kami begitu berbangga dan terharu kerana mereka mengizinkan DOLLA untuk membuat beberapa perubahan dalam lagu-lagu hasil nukilan mereka, menjadikannya lebih bercirikan DOLLA, dan sudah tentu ia menjadi amat ‘personal’ bagi kami”. Jelas Tabby

Sabronzo menyatakan, “Bagi kami, ‘New Classic’ benar-benar melambangkan evolusi DOLLA dari segi muzik. Kami tidak sabar untuk mempersembahkan kepada para penyokong DOLLA segala usaha dan kerja keras kami dalam menghasilkan album ini sejak setahun lalu.”

“Setiap anggota DOLLA terlibat penuh dengan proses kreatif album ini dan sudah tentu, ini menjadikan album ini bagaikan ‘our baby’. Sabronzo tidak lupa menyuarakan penghargaan DOLLA kepada semua yang terlibat dalam penghasilan ‘New Classic’.”

Syasya, anggota termuda DOLLA, turut menjelaskan, “Proses rakaman album ini agak mencabar kerana setiap lagu amat berlainan di antara satu sama lain, dan secara individu, ia punyai ‘vibe’ yang berbeza. Namun kami amat bersyukur atas bimbingan serta tunjuk ajar yang kami terima dari semua yang terlibat dalam pembikinan album ini”.

‘New Classic’ kini boleh distrim di kesemua platform digital. DOLLA juga telah melancarkan album pertama mereka ini di acara #DOLLAVILLA pada 21 November lalu. Dengan pelbagai aktiviti unik, acara yang julung-julung kali diadakan telah menyaksikan persembahan mantap dari DOLLA buat tetamu-tetamu yang datang dari serata dunia.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat