60 pelajar di Perlis sertai Kem Jati Diri – YBR

- Advertisement -

ADANG BESAR — Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Kem Jati Diri untuk pelajar sekolah menengah di sekitar negeri Perlis.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, program ini memberi tumpuan kepada modul pembentukan akhlak belia dengan menyasarkan penglibatan 60 pelajar perempuan sekolah menengah.

“YBR amat menyokong inisiatif pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dan golongan belia merupakan golongan yang sentiasa mendapat perhatian YBR dalam mengembangkan potensi mereka selaku pelapis pemimpin negara.

“Diharapkan inisiatif ini dapat membantu memberi pendedahan kepada para peserta bagi membentuk kepimpinan muda pelapis yang bertanggungjawab dan berketerampilan, selaras dengan hala tuju kementerian bagi melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan belia pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, jelasnya objektif lain bagi perlaksanaan program ini adalah untuk membimbing peserta memiliki nilai murni dan jati diri, memberi pendedahan isu semasa serta melahirkan peserta yang berdisiplin dan bersemangat patriotik.

“YBR berharap dengan penganjuran inisiatif seperti ini dapat menjadi pemangkin kepada generasi muda dalam memupuk semangat kekitaan dan perpaduan serta perasaan tanggungjawab di kalangan golongan belia agar dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan juga negara.

“Melalui modul-modul yang telah disediakan sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran dan motivasi para peserta untuk mempertingkatkan tahap pencapaian melalui jati diri yang utuh di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil mencemar duli ke majlis itu yang bertempat di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah Bukit Keteri Perlis.

Turut hadir adalah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS), Jabatan Pen

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat