Bersatu masih perlukan kepimpinan Muhyiddin – Hamzah

- Advertisement -

SHAH ALAM – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu hari ini menegaskan pendirian bahawa kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin masih diperlukan oleh parti itu dan negara.

Pendirian itu ditetapkan dalam mesyuarat tergempar, petang tadi, yang juga sebulat suara menolak keputusan Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Bersatu pada pemilihan parti dijadualkan berlangsung tahun depan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata ketetapan berkenaan dicapai pada mesyuarat khas MPT yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Mesyuarat khas membincangkan pengumuman Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu, pagi tadi, untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan parti yang akan diadakan sebelum hujung tahun depan.

“Mesyuarat telah sebulat suara membuat ketetapan untuk menolak cadangan Muhyiddin tidak mempertahankan jawatan beliau pada pemilihan parti.

“MPT juga sebulat suara berpendirian kepimpinan Muhyiddin diperlukan oleh parti dan negara,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Terdahulu, Muhyiddin dalam ucapan dasar Presiden pada PAT Bersatu, hari ini, mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat bertujuan memberi ruang kepada pemimpin pelapis yang berpengalaman, untuk mengambil alih kepemimpinan mengikut proses demokrasi, selain meneruskan agenda perjuangan parti.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sekali gus mengumumkan akan memperlahankan kerjaya politiknya, selain kekal menganggotai Bersatu. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat