Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit walaupun dagangan rendah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat walaupun dagangan rendah seiring dengan prestasi bursa serantau lain, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.63 mata kepada 1,453.92 daripada 1,453.29 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 2.49 mata lebih tinggi kepada 1,455.78 sebelum bergerak antara 1,451.08 dan 1,456.05 sepanjang sesi dagangan.

Lingkungan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 528 berbanding 392, manakala 473 kaunter tidak berubah, 1,009 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.50 bilion unit bernilai RM2.35 bilion daripada 3.71 bilion unit bernilai RM2.08 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata kenaikan itu sebahagian besarnya disebabkan pembelian kukuh terhadap Genting Bhd dan Genting Malaysia Bhd berikutan pendapatan suku tahunan mereka cemerlang.

Beliau berkata indeks serantau utama menunjukkan aliran rendah mencerminkan petunjuk ekonomi yang tidak memberangsangkan dari Jepun ditambah dengan beberapa aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan semalam.

“Di peringkat tempatan, keadaan pasaran masih bersikap berhati-hati ekoran ketidaktentuan pasaran global yang semakin meningkat,” katanya kepada Bernama.

Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.09, Public Bank dan TNB masing-masing turun dua sen kepada RM4.25 dan RM10, CIMB naik satu sen kepada RM5.75 dan Petronas Chemicals melonjak 14 sen kepada RM7.30.

Bagi saham aktif, Top Glove menambah 1.5 sen kepada 90 sen, Leform meningkat satu sen kepada 29.5 sen, Hong Seng tidak berubah pada 2.5 sen, CSH naik 0.5 sen kepada enam sen manakala Widad merosot setengah sen kepada to 46.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 4.46 mata kepada 10,768.73, Indeks FBMT 100 berkurangan 3.29 mata kepada 10,430.89, Indeks FBM Emas Shariah susut 20.64 mata kepada 10,944.01.

Indeks FBM 70 menguncup 38.38 mata kepada 14,331.74, dan Indeks FBM ACE naik 3.27 mata kepada 5,205.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 1.08 mata kepada 16,384.32, Indeks Tenaga menguncup 10.82 mata kepada 834.85, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.77 mata kepada 174.11 dan Indeks Perladangan turun 16.12 mata kepada 6,931.35.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.09 bilion unit bernilai RM2.04 bilion daripada 2.50 bilion unit bernilai RM1.80 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 710.88 juta unit bernilai RM87.76 juta daripada 573.50 juta unit bernilai RM75.05 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 677.28 juta saham bernilai RM223.46 juta berbanding 637.42 juta saham bernilai RM210.79 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 358.17 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (502.14 juta); pembinaan (71.52 juta); teknologi (204.08 juta); SPAC (tiada); perkhidmatan kewangan (44.46 juta); hartanah (199.52 juta); perladangan (39.13 juta); REIT (10.29 juta); dana tertutup (21,600); tenaga (141.98 juta); penjagaan kesihatan (318.45 juta); telekomunikasi dan media (36.02 juta); pengangkutan dan logistik (31.66 juta); serta utiliti (136.58 juta). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat