13 Wakil Rakyat Dijangka Sertai Parti Baru Bulan Depan – Laporan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Parti Bangsa Malaysia yang akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan bulan depan dijangka dianggotai 13 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Walaupun Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin diramal sesetengah pihak akan meneraju parti itu, tetapi pengasas parti iaitu Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong berkata, Zuraida belum lagi menjadi presiden.

Beliau memberitahu Nanyang Siang Pau, isu Zuraida menjadi presiden parti harus dijawab sendiri oleh puan punya badan.

Ditanya mengenai hubungan parti dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula, Steven berkata, Parti Bangsa Malaysia cenderung menyokong kerajaan dan Ahli Parlimen Gombak tersebut merupakan anggota Kabinet.

Steven berkata, terdapat empat Ahli Parlimen dan tujuh ADUN telah menyatakan minat untuk menyertai, tetapi orang ramai tidak perlu berteka-teki mengenai barisan kepimpinan parti kerana perubahan boleh berlaku menjelang hari pelancaran pada pertengahan bulan depan.

“Bukan semua yang berminat menyertai kami ini adalah wakil rakyat bebas atau bekas ahli satu-satu parti yang khusus,” katanya dalam wawancara bersama Nanyang Siang Pau.

Turut menyertai Steven dalam temuramah itu adalah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, yang seperti Steven merupakan bekas wakil rakyat dari PKR.

Menurut Steven, perlembagaan Parti Bangsa Malaysia adalah lebih fleksibel iaitu majlis tertinggi boleh melantik orang untuk mengisi jika berlaku kekosongan kerana perletakan jawatan.

Katanya, dua timbalan presiden, termasuk satu yang dikhususkan untuk wakil dari Borneo akan diwujudkan.

Dalam pada itu, Larry berkata, perikatan parti politik yang mentadbir negara sewajarnya mempunyai parti yang mewakili kemajmukan untuk membantu kaum yang berlainan.
Katanya, Parti Bangsa Malaysia menyediakan satu platform kepada wakil rakyat bebas untuk bersuara secara bersekutu dan bukannya secara bersendirian. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat