MB, KM Setuju Pinda Undang-Undang Negeri Individu 18 Tahun Jadi Calon Pilihan Raya – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri telah bersetuju untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-137 semalam.

“Mesyuarat turut bersetuju supaya lebih banyak sesi libat urus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terutama melibatkan projek-projek pembangunan di negeri-negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memberitahu, bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi, semua kerajaan negeri disaran menyegerakan pelaksanaan projek berkaitan ekonomi dan perniagaan.

“Antara perkara yang perlu ditangani dan ditambah baik ialah kelewatan proses kelulusan berkaitan tanah dan lesen perniagaan di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat