BN Tidak Akan Tunggu Pilihanraya Untuk Serah Geran Tanah – Bung Moktar Radin

- Advertisement -

KOTA KINABATANGAN: Menjelang 2 hari sebelum tarikh pengundian pilihanraya negeri (PRN) Sabah, calon DUN Lamag Datuk Seri Bung Moktar Radin menggiatkan lagi sesi bertemu pengundi di kawasannya.

Setelah sepanjang hari menghabiskan masa bertemu pengundi di kawasan pendalaman sepanjang Sg Kinabatangan semalam, hari ini beliau bertemu dengan penduduk Kg Sg Rokan dekat sini.

kesempatan itu digunakan Bung untuk menjelaskan sendiri tawaran BN dalam akujanji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disediakan khas untuk rakyat di Sabah amnya dan Kg Sg Rokan khasnya.

Antaranya, akujanji berkaitan geran tanah dan kebajikan rakyat.

Difahamkan penduduk di kawasan ini berhadapan dengan masalah geran tanah sejak beberapa tahun yang lepas dan masih tidak dapat diselesaikan.

Menjelaskan tentang perkara ini, Bung berkata, sebagai ahli parlimen beliau telah menyusun beberapa strategi untuk menyelesaikan masalah itu dengan beberapa pihak berkaitan kerajaan negeri sebelum ini, tapi usaha itu tergendala berikutan perubahan kerajaan Sabah selepas PRU14 yang lepas.

“Jika diberi mandat, kita akan menyusun struktur kampung, masalah geran tanah, masalah orang kampung dan sebagainya”, janji beliau.

Beliau turut menasihatkan penduduk kampung untuk tidak mempercayai janji-janji parti lawan berhubung isu tanah ini.

“Jangan percaya barang-barang tidak ada, Warisan sudah tidak ada isu”, kata beliau.

Selain isu setempat, Bung Moktar turut meminta pengundi mengamalkan SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mencegah penyebaran Covid-19 pada hari pengundian nanti- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat