Kerajaan Kukuh Bukan Majoriti Dua Kerusi Parlimen – Anwar

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan yang bakal dibentuknya adalah kukuh dan stabil bukan cuma majoriti dua kerusi Parlimen.

Ketua Pembangkang itu juga memberitahu rencana utamanya adalah mengembalikan mandat rakyat.

“Kerajaan yang akan saya bentuk ini adalah rencana saya dalam mengembalikan mandat rakyat.

“Rakyat berhak untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil, dan ia bukan dgn kerajaan majoriti dua kerusi Parlimen,” catat Anwar di Twitternya, hari ini.

Bahkan, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengakui pentadbiran baharu ini akan tetap menjunjung kedudukan agama Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain.

Anwar berkata demikian bagi membidas kritikan negatif warganet yang memperlekehkan sidang media tergempar beliau cuma dihadiri, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pada sidang media semalam, Anwar mengakui mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan dan mengisytiharkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat