Azalina Lepas Jawatan Timbalan Speaker Tak Mahu Parlimen Cacat, Pilih Kasih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, mengesahkan beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, semalam.

Azalina berkata, beliau membuat keputusan itu atas beberapa alasan, susulan pelantikan Perdana Menteri baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tuntutan rakyat yang kuat serta jelas bagi kerjasama pelbagai parti.

“Saya meletakkan jawatan saya hari ini (semalam) supaya kerajaan dan pembangkang mempunyai lebih ruang untuk menetapkan semula Dewan Rakyat supaya ia benar-benar dapat berfungsi sebagai forum bagi persaingan dan kerjasama profesional antara parti mengenai dasar dan tadbir urus,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, malam tadi.

Media semalam melaporkan Azalina meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan menghantar surat perletakan jawatan itu kepada Parlimen.

Bagi mengurangkan spekulasi orang ramai mengenai peletakan jawatannya dan pelbagai versi tidak benar yang turut mengaitkan dirinya dalam barisan Kabinet, beliau berkata, alasan peletakan jawatan itu antara lain disebabkan kapasiti moral peribadi sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Terdapat konflik peranan dan tanggungjawab antara menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli Parlimen dalam sebuah kerajaan gabungan.

“Apa yang berlaku sebelum ini menunjukkan keputusan yang bertentangan dalam UMNO sebagai parti dan Ahli Parlimen sebuah kerajaan gabungan.

“Pada masa hadapan, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu digantung daripada sebarang jawatan parti politik bagi memastikan beliau tidak berpihak dalam politik, yang menjadi kunci utama jawatan ini dan boleh menjalankan fungsinya dengan berkesan tanpa takut atau pilih kasih,” katanya.

Ahli Parlimen Pengerang itu dilantik ke jawatan berkenaan pada 13 Julai tahun lalu, di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), bagi menggantikan Nga Kor Ming yang meletak jawatan.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, beliau bertuah kerana diberi penghormatan memegang jawatan itu dan mencuba yang terbaik untuk melaksanakan tugas dengan setia dan tidak berpihak, namun sebagai manusia, tidak dapat lari daripada kelemahan serta kekurangan.

Bagi mengurangkan spekulasi orang ramai mengenai peletakan jawatannya dan pelbagai versi tidak benar yang turut mengaitkan dirinya dalam barisan Kabinet, beliau berkata, alasan peletakan jawatan itu antara lain disebabkan kapasiti moral peribadi sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Selain itu, Azalina berkata, perkembangan dalam tempoh 17 bulan yang lalu menyebabkan beliau merenung kecacatan institusi dalam Parlimen dan had beliau untuk melaksanakan tugas dengan baik tanpa kompromi integriti profesionalnya.
“Sistem nilai peribadi saya berkaitan kedaulatan undang-undang, demokrasi berparlimen, semak dan imbang sejak Pengisytiharan Darurat pada Januari 2021 konsisten.

“Kekecewaan dan kesukaran saya diketahui umum dan sebabnya diketahui. Kapasiti rasmi saya dijamin oleh undang-undang dan proses iaitu menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dengan segala cara,” katanya.

Azalina berkata, kurangnya rundingan dan keputusan bersama juga memberi kesan kepada prestasinya sebagai Timbalan Yang Dipertua.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat, Timbalan Yang Dipertua tidak boleh membuat keputusannya sendiri dalam Dewan. Pembuatan keputusan dan tanggungjawab bersama, tidak berpihak, keadilan dan saling menghormati adalah elemen utama yang saya harap dapat dilihat dalam Parlimen Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat