Ranhill Rangkul Anugerah Tadbir Urus Korporat MSWG-ASEAN 2020

- Advertisement -
 
KUALA LUMPUR – Ranhill Utilities Berhad berbangga berada dalam tiga syarikat yang diberi Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus Korporat MSWG-ASEAN 2020 bagi kategori syarikat utiliti.

Pemilihan Ranhill sebaris dengan Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG).

“Penganugerahan ini merupakan satu bukti kejayaan kami dalam menyediakan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah terhadap kualiti hidup masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Susulan kejayaan itu, Ranhill komited meneruskan perkhidmatan cemerlang dalam sektor pembekalan air bersih terawat dan tenaga bersih serta rawatan air kumbahan yang menjadi sebahagian ekosistem kehidupan negara moden.

“Kami di Ranhill meletakkan kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sebagai sebagai keutamaan dalam perkembangan perniagaan berasaskan perkhidmatan kemudahaan asas rakyat.

“Pengiktirafan oleh MSWG ini juga mencerminkan keyakinan para pemegang saham minoriti terhadap perkembangan syarikat ini terutama dalam melaksanakan budaya tadbir urus korporat yang berasaskan kepada kepentingan pelanggan, pekerja, syarikat dan pemegang saham,” ujar Ranhill.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat