Rehat minda di Pulau Bintan

Jika KM Daripada Bersatu, BN Wajar Mengadap Agong Bubar Parlimen

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sewajarnya menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya Ketua Menteri Sabah baharu dilantik daripada...

Warisan Didakwa Tawar ADUN PBS Duit, Jawatan Untuk Lompat

Kota Kinabalu - Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal cuba bermain politik kotor. PBS...

#PRNSabah : Beberapa ADUN Warisan Dijangka Akan Lompat Parti Sertai GRS

Kota Kinabalu - Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Warisan Sabah (Warisan) di katakan akan melompat untuk menyertai kerajaan negeri pimpinan Gabungan...

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

DEKAT tapi jauh. Itu perumpamaan pada pandangan penulis sesuai menggambarkan tarikan satu gugusan pulau di Kepulauan Riau, Indonesia iaitu Pulau Bintan dengan pelancong Malaysia.

Meskipun kedudukan pulau itu dianggarkan berjarak hanya kira-kira 86 kilometer dari Johor Bahru, Johor destinasi berkenaan cukup asing bagi penulis sendiri yang hanya berkesempatan melawatnya kira-kira dua tahun lalu.

Sebenarnya kunjungan penulis menyertai pengembaraan kapal mewah menjadikan Pulau Bintan sebagai destinasi persinggahan dan perkongsian dalam siri Jalan-Jalan kali ini lebih kepada perkongsian peribadi mengenai perjalanan menarik boleh dilakukan.

Sebenarnya selain mengikuti pakej pelayaran mewah, ada pilihan lain baik udara mahupun air untuk sampai ke pulau itu.

Penulis sempat bertemu dengan seorang warga Malaysia yang bekerja di sebuah resort di sana. Mesra dengan panggilan Shamsul, dia berkongsi mengenai perjalanannya sekurang-kurangnya dua kali sebulan menaiki feri dari pulau terbabit ke Johor Bahru.

“Saya sudah lima tahun berkhidmat sebagai cef pastri di hotel empat bintang di sini selepas bekerja dengan resort di Langkawi lebih 10 tahun.

SUASANA sekitar pulau. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan
SUASANA sekitar pulau. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan
AKTIVITI kayak di kawasan berpaya antara aktiviti mesti dilakukan pengunjung ke Pulau Bintan. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan
AKTIVITI kayak di kawasan berpaya antara aktiviti mesti dilakukan pengunjung ke Pulau Bintan. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan

“Meskipun pulau ini dalam Republik Indonesia, gaji diberikan mengikut kadar tenaga profesional di Singapura, membuatkan pendapatan bulanan saya dua kali ganda berbanding di Malaysia.

“Cabaran ialah terpaksa berjauhan dengan keluarga. Jadi saya berulang-alik menggunakan feri dari Johor Bahru ke Bintan dengan tempoh perjalanan lebih dua jam dan kadangkala berlarutan sehingga tiga jam bergantung kepada cuaca serta keadaan kapal.

“Sebenarnya ramai juga rakyat Malaysia selain Indonesia mencari peluang di sini. Destinasi ini cuma popular dalam kalangan pelancong Singapura dan luar negara. Pelancong dari Malaysia yang datang mungkin dari sebelah iaitu Johor atau Melaka,’ katanya.

Penulis kali ini ditemani dua rakan pengamal media tempatan yang turut berpeluang menjelajah antara resort yang terkemuka iaitu Treasure Bay Bintan.

Mujurlah waktu itu bukan musim percutian buat warga Singapura, boleh dikatakan suasana lengang dan cukup menenangkan ketika berada di pusat percutian bertemakan air berkeluasan 338 hektar itu.

PELBAGAI aktiviti menarik terutama rekreasi air boleh dicuba pengunjung. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan
PELBAGAI aktiviti menarik terutama rekreasi air boleh dicuba pengunjung. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan
HANYA kira-kira 86 kilometer dari Johor Bahru tapi kurang popular dalam kalangan pelancong Malaysia. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan
HANYA kira-kira 86 kilometer dari Johor Bahru tapi kurang popular dalam kalangan pelancong Malaysia. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan

Terdapat kolam rekreasi seluas mata memandang turut dikenali dengan ‘lagun kristal’. Ia dilihat memfokuskan kepada pelbagai aktiviti rekreasi air daripada berenang sehinggalah lebih ekstrem seperti berkayak atau menunggang jet air.

Hajat memanglah ingin berendam, tetapi memikirkan tempoh kunjungan ke resort terbabit agak singkat, penulis dan rakan memilih aktiviti tidak basah seperti ATV , menaiki cruise dan juga buggy mengelilingi sekitar resort.

Selepas penat menjelajah sekitar lokasi peranginan itu, kami disajikan hidangan tengah hari iaitu burger istimewa menerusi kepingan daging segar bersama potongan nanas.

Dalam keseronokan lawatan kali ini, sedikit terkilan apabila tidak berkesempatan berkayak di laluan paya. Difahamkan aktiviti rekreasi itu dapat memberi peluang pengunjung melihat secara dekat ekosistem atau muka bumi pulau terbabit termasuk spesies hidupan liar yang ada.

Pelancong perlu lebih berhati-hati menyusuri setiap pokok bakau kerana dikhuatiri ada ular berbisa yang menjalar di kawasan berkenaan.

Sementara itu, perihal penduduk pulau itu difahamkan dua etnik majoritinya ialah Melayu dan Tionghoa.

PENULIS (tengah) bersama rakan media yang berkesempatan singgah di Pulau Bintan. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan
PENULIS (tengah) bersama rakan media yang berkesempatan singgah di Pulau Bintan. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan

Uniknya mengenai masyarakat Melayu Riau ini, meskipun mampu bertutur dalam bahasa Indonesia, tapi apabila bertutur bahasa Melayu Riau kedengaran sama seperti dialek Melayu Johor.

Boleh dilihat juga persamaan dari segi budaya disebabkan datang dari rumpun yang sama terutama menerusi pakaian tradisi iaitu kebaya labuh untuk perempuan manakala baju teluk belanga untuk lelaki.

Kedua-duanya sering dipakai penduduk tempatan dalam majlis rasmi. Selain dua baju berkenaan ada pakaian tradisi lain seperti baju telepuk dan gunting cina.

Fakta menarik mengenai ‘lagun kristal’ di Treasure Bay Bintan

– Berkeluasan 6.3 hektar dan menampung kapasiti air kira-kira 115,060,000 liter

– Jarak dari hujung ke hujung 800 meter menyamai 50 kolam renang saiz Olimpik

– 2.5 meter dalam dan mempunyai peringkat kedalaman berbeza.

TANJUNG Pinang antara bandar utama atau pusat perniagaan. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan
TANJUNG Pinang antara bandar utama atau pusat perniagaan. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan
KONSEP resort seakan-akan ‘glamping’ memberi suasana lebih santai. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan
KONSEP resort seakan-akan ‘glamping’ memberi suasana lebih santai. FOTO Ihsan Treasure Bay Bintan

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Tiada jalan pintas

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak. Sesukar mana...

Kota idaman gamit pelancong

PENULARAN pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan percutian ke negara idaman mereka. Meskipun banyak negara yang masih menutup sempadan masing-masing bagi mencegah penularan pandemik...

Huawei lancar Watch Fit dengan jangka hayat bateri 10 hari

Beberapa tahun lalu, Huawei memperkenalkan variasi peranti boleh pakai keluarannya dan kini syarikat gergasi elektronik berkenaan memperkenalkan siri Watch Fit yang menawarkan jangka hayat...