NGO perlu sentiasa ikut perjalanan urustadbir kerajaan memastikan khidmat untuk rakyat dilaksana dengan baik

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) perlu mengambil peranan mengikut secara dekat kerajaan dari masa ke semasa supaya khidmat yang diberikan kepada rakyat akan diberikan dengan baik serta mencapai matlamat membantu rakyat.

Pengerusi NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Merican berkata selain itu, NGO juga wajar sentiasa memberikan pandangan dan cadangan kepada kerajaan supaya perkhidmatan yang diberikan boleh diperbaiki atau ditingkatkan mengikut keadaan semasa.

“Banyak platform dan ruang untuk NGO memberikan pandangan kepada kerajaan supaya kerajaan mendapat maklumat keadaan sebenar di peringkat rakyat apabila ada sesuatu dasar dan keputusan kerajaan dibuat,” katanya.

Beliau menganggap NGO perlu melihat dengan teliti keadaan kedua-dua pihak supaya maklumat yang diperolehi dapat memberikan gambaran sebenar sesuatu isu.

Datuk Dr Mustapha menambah, setiap individu yang aktif dalam NGO perlu ada pengalaman dan pengetahuan yang mendalam tentang perjalanan sebuah badan yang bukan berasaskan kerajaan.

“Kita mesti profesional dan berfikiran terbuka di samping perlu ada jalinan mesra dengan pihak kerajaan dan swasta supaya sesebuah NGO itu dihormati,” katanya.

Beliau berkata individu bersama NGO perlu beri pandangan yang berguna untuk semua pihak dan kritikan yang berasas dengan cadangan yang boleh digunakan untuk penambahbaikan oleh pihak berkenaan.

“Selain kita sentiasa dekat dengan masyarakat, ambil tahu keadaan sekeliling dengan melihat isu dengan bijaksana dengan cari jalan terbaik membantu atau menyalurkan maklumat berkaitan perkara tersebut kepada pihak yang betul,” katanya.

Selain itu, seorang wakil rakyat di peringat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen juga perlu memainkan peranan jika ada NGO yang memberikan pandangan terhadap beberapa perkara, kata beliau.

Datuk Dr Mustapha berkata NGO yang bersikap profesional akan memberikan pandangan berdasarkan isu yang berlaku untuk kerajaan beri perhatian menyelesaikan masalah.

“Badan NGO adalah perantara antara rakyat dan kerajaan,” katanya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat