KUALA LUMPUR – (Kemaskini) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya memberkas lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir, sebentar tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, Md Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM.
Dia diburu setelah memberikan kenyataan yang tidak berasas ketika ditemu bual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera dalam laporan dokumentarinya sebelum ini.
Pemuda berusia 25 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing. – SuaraTV
- Kerajaan Batal Permit Kerja Warga Bangladesh Dalam Dokumentari Al-Jazeera
- Laporan Al-Jazeera Berat Sebelah – MB Pahang.
- Isu PATI: Malaysia Tuntut Al Jazeera Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia
- Malaysia Tidak Diskriminasi PATI Ketika Dalam Tahanan Imigresen, Kata Pejabat Duta Indonesia
PKP Malaysia : Antara Pembohongan Dan Fakta
Respon kepada #Aljazeera – “Kami bukan kejam, tapi kami tegas!!!”
由 Suara.TV 发布于 2020年7月22日周三



