Anjing Tentera Jerman Mampu Kesan Individu Positif Covid-19

- Advertisement -

BERLIN – Anjing yang menjalani latihan selama beberapa hari berupaya mengenal pasti individu yang dijangkiti koronavirus (Covid-19), menurut kajian oleh universiti veterinar di Jerman.

Menurut projek perintis diketuai University of Veterinary Medicine Hannover mendapati lapan ekor anjing daripada pasukan tentera Jerman yang dilatih selama seminggu mampu untuk mengesan virus tersebut pada kadar kejayaan 94 peratus.

Di bawah program itu, kesemua anjing tersebut dilatih untuk menghidu Covid-19 pada air liur lebih 1,000 individu sihat dan dijangkiti virus itu.

“Kami berpendapat latihan ini berjaya kerana proses metabolik dalam tubuh pesakit berubah. Anjing mampu mengesan bau tertentu,” kata Dr Maren von Koeckritz-Blickwede di YouTube tentang projek itu.

Jelasnya, haiwan tersebut mempunyai deria bau 1,000 kali ganda lebih sensitif berbanding manusia yang boleh digunakan untuk menghidu jangkitan di lapangan terbang, lintasan sempadan dan acara sukar jika ia mendapat latihan yang sesuai.

Difahamkan, kajian itu dilakukan bersama pasukan tentera Jerman, Hannover Medical School dan University Medical Centre Hamburg-Eppendorf.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat