Pengusaha Restoran Rugi Teruk, Gara-Gara ‘Makcik Gelang Pink’

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Seorang pengusaha restoran di Jalan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, Ipoh kecewa apabila menjadi ‘mangsa’ gara-gara ada pihak menuduh premis makanannya adalah kafe yang dikunjungi seorang wanita yang dikuarantin kerana COVID-19 atau lebih dikenali dengan ‘makcik gelang pink’.

Mohd Khirul Adnan Hamid, 32 tahun, berkata, premisnya, Restoran Pokok Belacan bukan kedai makan yang dikunjungi wanita berusia 72 tahun itu seperti yang tular di media sosial.

Susulan itu, dia mengalami kerugian besar apabila ramai pengunjung yang takut untuk makan di restoran itu.

Pada status terbaharu restoran itu di laman sosial Facebook, ia berkongsi dua foto yang memaparkan hidangan lauk-pauk yang tidak habis dijual kerana menjadi mangsa tuduhan berkenaan.

Semuanya disebabkan satu mesej yang menyatakan “cuba elak pergi ke lokasi ini” dengan menyenaraikan tiga lokasi jangan kunjung kerana pernah dikunjungi ‘makcik gelang pink’ termasuk restorannya telah dikongsi kebanyakan aplikasi kumpulan Whatsapp sejak beberapa hari lalu.

Menurut Adnan, sejak beberapa hari lalu, kesan daripada itu juga, hasil jualan makanan jatuh sehingga 80 peratus setiap hari.

“Hasil jualan makanan jatuh 80 peratus setiap sejak semalam. Malah, pelanggan tetap juga tidak lagi berkunjung ke restoran saya.

“Biasanya beratus pelanggan sehari, namun, hari ini ramai takut nak datang makan sebab mesej tular berkenaan. Padahal bukan salah saya, dan bukan restoran saya pun,” katanya kepada sebuah portal pada Jumaat.

Malah, kesannya bukan sahaja dialami dia sendiri, namun kebanyakan premis makanan di Bandar Meru Raya sendiri.

“Mesej itu tular di Kumpulan Whatsapp, nama restoran saya disebut agar jangan dikunjungi. Rakan-rakan saya yang berniaga di kedai makan juga terkesan.

“Ia memberi kesan kepada peniaga lain juga yang dekat dengan Restoran Pokok Belacan. Ada yang tak nak hantar anak tuisyen yang ada dekat-dekat sini. Fitnah ini teruk dan libatkan umum,” ujarnya lagi.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat pada Rabu bagi membersihkan nama dan restorannya.

Melalui laporan itu, dia memohon polis melakukan siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab menularkan perkara tidak benar di media sosial kerana menjejaskan perniagaannya.

Malah kata Adnan, jika keadaan itu berterusan dalam masa seminggu lagi, dia mungkin menutup operasi kedainya sementara waktu.

“Saya ada 12 orang pekerja. Kalau perkara ini berlarutan, sebab saya terpaksa bayar gaji juga dan kos bahan mentah perlu ditanggung, jadi saya tak tolak kemungkinan untuk tutup operasi restoran buat sementara ,” tambahnya.

Justeru, Adnan berharap semua pihak agar tidak terus menularkan perkara yang tidak benar mengenai restoran di Bandar Meru Raya kerana ia hanya akan menjejaskan punca pendapatan kebanyakan peniaga yang tidak bersalah.

Dalam pada itu, kafe yang dikunjungi ‘makcik gelang pink’ sebelum ini dilaporkan telah mula dibuka selepas proses sanitasi selesai dan premis itu juga mengalami nasib sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat