Tabung Haji Gagal Kemuka Laporan Audit, NGO Buat Laporan Polis

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membuat laporan polis berkaitan kegagalan Tabung Haji (TH) dalam mengemukakan audit laporan tahunannya, pada Khamis.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, keterangan tersebut telah diberikan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi melaporkan salah laku dalam tadbir urus institusi dana umat Islam tersebut.

Menerusi keterangannya di dalam laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa pengurusan TH yang terdahulu gagal untuk membentangkan laporan audit institusi berkenaan bagi tahun 2018 dan 2019.

Beliau menambah, ianya merupakan satu kesalahan dan menyalahi Akta Tabung Haji (Akta 240) yang mana memperuntukkan supaya laporan audit kewangan haruslah dibentangkan kepada umum setiap tahun.

Ekoran itu, laporan tersebut bertujuan untuk tindakan serta siasatan daripada pihak polis kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah (BOD) dan pengurusan tertinggi TH yang bertanggungjawab kepada pendeposit dan Parlimen Malaysia.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pontian, Dato’ Seri Ahmad Maslan mendedahkan bahawa TH gagal mengemukakan laporan tahun yang diaudit bagi dua tahun tersebut kepada Parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat