Mangsa nahas helikopter peroleh syahid akhirat- Azhar Idrus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesemua mangsa beragama Islam dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlanggar semalam disifatkan sebagai syahid akhirat.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata demikian berhubung insiden menyayat hati yang mengorbankan 10 kru TLDM ketika sedang menjalani raptai sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM.

“Syahid dunia, mati ketika berperang dengan tentera kafir (jenazah mereka tidak perlu mandi dan dikafan), manakala syahid akhirat wajib dimandikan, dikafan serta disolatkan,” katanya dalam video ceramahnya semalam, lapor Kosmo!

Mengulas lanjut, Azhar berkata, berdasarkan hadis, terdapat kematian yang disifatkan sebagai syahid akhirat meskipun tidak mati dalam medan peperangan.

“Sebagai contoh, mati beranak, mati lemas, mati terbakar, mati akibat wabak atau penyakit dalam perut serta mati dihempap atau ditindih sesuatu yang berat.

“Jadi, kalau mati tertindih helikopter, maka ulama kiaskan dengan mati tertindih benda yang keras,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat