KUALA LUMPUR- Minit mesyuarat PASleak yang hangat diperkatakan mutakhir ini dikatakan berjaya meningkatkan perasaan benci sesama Islam,” kata, bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz .
Jelas beliau, PASleak bukan minit mesyuarat atau sebarang perancangan, tapi merupakan suatu catatan bahkn tidak diketahui catatan itu dibuat oleh siapa dan adakah kandungannya benar atau bersama tokok tambah.
Bagaimanapun tegas beliau apa yang pasti penyebarannya dibuat oleh pihak yang tidak mahu Muafakat Nasional (MN) digerakkan semula dan mahu meningkatkan lagi kebencian kumpulan tertentu di dalam UMNO terhadap PAS.
“Bagi UMNO, ia menggolakkan semula polemik dua mazhab. Pertama, mazhab, UMNO Go Solo, kedua mazhab, Muafakat ummah.
“Bagi penyokong mazhab Muafakat ummah, tentulah berita yang diterima tanpa diketahui dengan jelas siapakah sumbernya, ditangani dengan cermat dan penuh tabayyun. Lebih baik bertanya kepada PAS dan menyelami sejauh mana agenda permuafakatan demi mengalahkan musuh yang berbeza ideologi masih kukuh dalam diri mereka,” ujar Tun Faisal dalam catatan di Facebooknya pada Ahad.
Menurut beliau, tentu bagi penyokong mazhab ini, MN masih boleh digerakkan bagi memastikan matlamat kemenangan 2/3 majoriti dalam PRU-15.
“Manakala bagi penyokong mazhab UMNO Go Solo, berita yang tidak tahu dari mana sumbernya ini disambut ibarat ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Ia disebar secara meluas kepada ahli-ahli UMNO dan ditambah dengan tuduhan yang membakar emosi, bahawa ia adalah ‘minit mesyuarat PAS untuk menghancurkan UMNO’.
“Matlamat akhirnya adalah, PAS adalah parti yang perlu dibenci oleh UMNO, MN mesti dibenam sedalam-dalamnya dan hanya dengan bertanding solo UMNO dan BN akan mencapai kemenangan mutlak 2/3 majoriti kerana ketika ini UMNO dalam posisi yang sangat kuat dan bukti daripada 2 PRK yang lalu, UMNO telah diterima rakyat dan boleh menang besar jika PRU15 dilaksanakan sekarang,” jelas beliau lagi.
Tun Faisal menasihatkan, tepuk dada, tanyalah syariat.
“Buatlah kira-kira yang betul sebelum mendesak PRU15 diadakan.
“Dalam PRU-14, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) meramalkan BN akan kalah dan hanya akan mendapat maksimum 90 kerusi. Bagaimanapun ada Pegawai Khas Perdana Menteri waktu itu yang yakin BN akan menang besar 2/3 majoriti dan mengajak kita meraikan kemenangan ini seawal jam 6.30 petang hari kita mengundi.
“Usahlah koyak sangat jika ada yang mempertikaikan kita, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan,” bidasnya.
Kata Tun Faisal, di sepuluh malam terakhir Ramadan ini, isilah tinggalkan perebuatan kuasa dan permusuhan sementara berada di tanah suci Mekah.
“Berdoalah yang paling baik untuk diri, Islam dan ummah di bawah Multazam, dan yakinlah sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang..
“Sama-samah kita mendoakan yang baik untuk Islam, ummah dan UMNO. Semoga diberi kejayaan,” ujarnya.