PM Rai Pengamal Media dan Anak Yatim Di Majlis Berbuka Puasa

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meraikan pengamal media termasuk ketua pengarang dan editor pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 700 tetamu daripada pelbagai agensi media antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima, New Straits Times Press, The Star, Sin Chew Daily dan Kwong Wah Yit Poh Press.

Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Ras Adiba Radzi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin dan Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran 95 jemputan Pejabat Perdana Menteri daripada Yayasan Keluarga Malaysia serta rumah anak yatim dan asnaf Raudhatul Al-Faeez.

Ismail Sabri kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat