Mengambil peluang sempena bulan Ramadan ini, satu majlis berbuka puasa juga disediakan bagi meraikan 1,000 tetamu termasuk 200 penerima sumbangan serta
kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat di sekitar Parlimen Sabak Bernam.
Datuk Abd Rahman dalam ucapan ringkasnya, berharap agar Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan
lebih meriah apabila kerajaan telah memberikan kebenaran pulang kepada rakyat untuk pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara.
Beliau juga berharap agar warga kota yang pulang ke kampung halaman dapat mengambil rehat yang secukupnya sebelum mula memandu ke destinasi masing-masing. Ini kerana, kebanyakan punca-punca kemalangan adalah dari kerana keletihan, pemandu yang tidak cukup rehat dan mengantuk.
Dalam pada itu, beliau juga ingin mengajak seluruh penduduk Parlimen Sabak Bernam untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Sabak Bernam yang akan diadakan pada 28 Mei nanti.
Terdahulu, disebelah petang tadi, Datuk Abd Rahman juga telah hadir ke program Bubur Lambuk di Kampung Tebuk Tengah, Banting, Sabak Bernam dan sebanyak 6400 bungkusan bubur lambuk telah diedarkan di sekitar Parlimen Sabak Bernam.
Turut hadir sama dalam program ini adalah Ketua Bahagian Operasi Menanggung Tugas Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.