Siasat Sokongan Pemimpin Tertinggi Parti Terhadap Anwar Ibrahim – Shahidan Kassim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Arau menerima penggguguran beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, namun mendesak Jawatankuasa Disiplin UMNO melakukan siasatan ke atas pelanggaran disiplin parti oleh pemimpin tertinggi UMNO.

Menurut Shahidan penggguguran tersebut adalah hak preogratif Presiden dan beliau menerimanya.

Shahidan dalam sidang media khas tadi mempersoalkan mengapa beliau yang mematuhi keputusan parti ditohmah macam-macam, namun mereka yang melanggar keputusan No Anwar dan No DAP tidak diambil sebarang tindakan disiplin.

“Surat tandatangan sokong Anwar jadi PM, rakaman audio menunjukkan kerjasama dengan Anwar namin tiada siasatan dilakukan.”

Shahidan turut menggesa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO esok mengadakan pemilihan parti mengikut jadual sebaik tamat penggal ini pada 30 Jun 2021.

Turut hadir dalam sidang media khas tadi ialah Ketua Wanita UMNO Bahgaian Arau dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat