Adakan Pemilihan UMNO Ikut Jadual Atau Saya Akan Dedah Semua – Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengingatkan Majlis Kerja Tertinggi UMNO agar mengadakan Pemilihan UMNO sebaik tamat penggal ini (30 Jun 2021) atau beliau akan mendedahkan semua konspirasi mahu menjatuhkan kerajaan oleh pemimpin UMNO tertentu.

Dalam sidang media khas malam ini, Shahidan memberitahu wartawan bahawa beliau akan mendedahkan usaha memungut tandatangan menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

“Saya tidak mahu mendedahkan dalam bulan puasa ini. Namun saya akan dedahkan selepas raya nanti jika pemilihan parti ditunda.”

“UMNO parti yang kuat, saya tidak mahu merosakkan parti. Namun jika tiada pilihan, saya akan buat. Jika pemilihan diadakan saya mungkin tidak perlu dedahkan.”

Sahidan turut melahirkan rasa kecewanya kerana dituduh ejen Bersatu sedangkan beliau mematuhi keputusan parti mengadakan kerjasama dengan kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

“Sebaliknya yang terang-terang langgar keputusan parti sebelum ini dengan menyokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin.”

Shahidan turut menggesa ahli MKT UMNO untuk menjadi berani dalam menjaga kepentingan parti. – SuaraTV.

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Berita Berkaitan

Agong, Permaisuri Berkenan Tunai Solat Hajat Untuk Palestin

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan...

KKM Kesan Tiga Lagi Kes Covid-19 Berkaitan Varian India – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga lagi kes baharu COVID-19 yang dijangkiti varian dari India B.1.617.2. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

Malaysia Sedia Hantar Tentera Bantu Misi Pengaman PBB Di Palestin – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu misi pengaman di Palestin sekiranya ia diminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),...