Hafiz Hamidun mohon artis guna pengaruh bantu orang susah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengajak rakan-rakan selebriti menjadikan platform media sosial serta pengaruh yang dimiliki untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan.

Hafiz berkata, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan, khususnya kelompok miskin bandar.

“Tahun lalu, saya ada terbabit dalam program agihan bekalan makanan sempena kedatangan bulan Ramadan. Saya bertemu dengan seorang ibu tunggal yang turut menanggung anak yang ramai. Saya begitu terkesan apabila juadah berbuka puasa yang dijamu kepada anak-anaknya adalah hidangan yang sama ketika bersahur.

“Kita bukan nak salahkan kehidupan atau pandemik Covid-19, tetapi apabila difikirkan kembali, masih ada keluarga yang sukar untuk meneruskan kehidupan. Justeru, sebagai artis, kita patut gunakan pengaruh dah platform yang kita ada untuk membantu mereka. Golongan ini juga yang menyokong kerjaya kita. Apa salahnya kita turun sama-sama membantu mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis Raikan Ramadan – Mega Agihan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah yang berlangsung di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kerinchi, di sini, baru-baru ini.

Berperanan sebagai duta bagi program Raikan Ramadan untuk tahun kedua, Hafiz berazam untuk terus bersama-sama Yayasan Maghfirah dalam usaha meringankan beban kepada insan yang memerlukan.

“Tidak hanya golongan asnaf dan miskin bandar, kita di Yayasan Maghfirah juga membantu pelbagai lapisan masyarakat seperti anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan juga pesakit HIV,” katanya.

Selain Hafiz, pelakon Syatilla Melvin turut hadir untuk sama-sama membantu mengagihkan bekalan makanan.

Pada majlis terbabit, sebanyak 600 pek Ramadan yang mengandungi bekalan makanan diagihkan. Sementara itu, pihak Yayasan menyasarkan 5,000 kotak bakal diedarkan sepanjang bulan ke beberapa PPR lain.

Duit raya sebanyak RM50 juga turut disertakan dalam setiap pek Syawal. Ia termasuk 6,000 pek iftar yang juga diagihkan bermula 1 Ramadan lalu dengan sasaran 35,000 penerima manfaat.

Bagi yang ingin sama-sama menghulurkan bantuan untuk mereka yang memerlukan, boleh salurkan derma menerusi akaun Maybank Yayasan Maghrifah 562263552802.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat