Nikita Mirzani nafi nak kahwin

- Advertisement -

Jakarta: Selebriti popular Indonesia, Nikita Mirzani menafikan dakwaan bakal berkahwin selepas mengambil keputusan membuang tatu di beberapa bahagian tubuhnya.

Nikita berkata, keputusan yang dibuat tiada kaitan dengan khabar angin yang tersebar sebaliknya hanya mahu membersihkan bahagian yang tidak disukai.

“Saya buang tatu bukan kerana nak bernikah. Saya cuma mahu bersihkan tangan saja. Tatu di bahagian tangan sudah pernah dibuang tapi masih belum bersih sepenuhnya. Jadi saya nak bersihkan lagi bahagian itu,” katanya.

Menurut Nikita, selepas membuang tatu dia dapat merasakan banyak perubahan positif dalam kehidupan peribadinya.

“Fokus saya tertumpu kepada tiga anak dan saya tidak akan mencacah tatu baru lagi. Lagipun saya sudah berusia 35 tahun.

“Doakan jodoh saya sampai dengan segera. Kalau boleh tahun depan. Tipulah kalau tak teringin nak kahwin cepat tapi calonnya belum ada. Tak tahulah mahu ‘pungut’ di mana, ” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat