Musa Hitam ketawakan Kit Siang, percayakan Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam secara sinis mentertawakan Veteran DAP, Lim Kit Siang yang menaruh kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu Pakatan Harapan (PH) mentadbir Putrajaya.

Dalam video temubual bersama Media Mulia, Musa berkongsi satu situasi ketika Kit Siang berziarah ke kediamannya ketika PH masih kerajaan tidak lama dulu.

Kata Musa ketika hadir Kit Siang ceria dan dalam ‘good mood’ kerana teruja DAP telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan malah anaknya, Lim Guan Eng menjawat jawatan Menteri Kewangan pada masa itu.

“Kit Siang, terima kasih beritahu saya semua ini.Tapi saya nak cakap satu perkara , saya tak percayakan Mahathir.

“Kit Siang kata saya tidak maafkan Mahathir, bukan macam tu, saya memang tak percayakan Mahathir,” katanya sambil ketawa

“Saya tak percayakan Mahathir secara politik

Menurut Musa sehingga hari ini Kit Siang malu untuk berjumpa dengannya.

“Sekarang Kit Siang malu nak jumpa saya sebab saya betul,” ujar Musa. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat