Selepas ZEISS Dan Leica, Hasselblad Bakal Kerjasama Bersama Syarikat Telefon Pintar

Sejak mulai Leica mengumumkan kerjasama bersama sebuah syarikat telefon pintar pada tahun 2016, dapat dilihat orang ramai lebih tertarik dengan syarikat berkenaan.

Antara sebab utamanya adalah penawaran sistem perimejan yang ditawarkan Leica sekaligus membuatkan gambar tampil lebih menarik menerusi penawaran bokeh yang memukau.

Bermula dengan Leica, ZEISS nampaknya turut mengumumkan kerjasama bersama vivo menerusi siri X60 yang baru sahaja dilancarkan. Terbaharu Hasselblad muncul sebagai jenama lensa terbaru yang mengikut jejak langkah yang sama. Kesemuanya bertujuan untuk menawarkan penawaran gambar yang lebih detail dan menarik pada peranti telefon pintar.

Mengulas mengenai ZEISS, jenama ini mulai dibangunkan sejak dari tahun 1846 lagi. Pengalaman lebih seratus tahun dalam bidang perimejan antara yang menarik minat vivo untuk bekerjasama dalam membawa revolusi dalam sistem pemprosesan gambar pada telefon pintar menerusi vivo ZEISS Imaging Lab. Berikut merupakan apa yang ditawarkan vivo ZEISS pada siri vivo X60.

ZEISS Biotar Portrait Style

dims

Kerjasama ZEISS dan vivo nampaknya turut tidak mengabaikan fungsi penting dan kerapa digunakan pengguna iaitu potrait mode. Dinamakan sebagai ZEISS Biotar Potrait Style, para pengguna berpeluang mendapatkan gambar potret beserta efek bokeh Biotar. Teknologi yang diperkenalkan sekaligus menjadikan vivo sebagai syarikat terawal menawarkannya.

Gimbal Stabilization 2.0

Gimbal Stabilization

Menerusi model vivo X60 Pro, model ini disertakan kamera dengan bukaan aperture yang luas beserta Gimbal Stabilization 2.0 membuatkan gambar yang dirakam serta dirakam tidak hilang fokus serta mudah bergoyang.

Penawaran Gimbal Stabilization 2.0 beserta sensor kamera IMX598 membolehkan pengguna mendapatkan gambar terbaik bukan sahaja pada sewaktu mengambil gambar manusia malah turut ditawarkan pada mod night mode, sukan, landskap dan sebagainya. Menarik bukan?

Extreme Night Vision 2.0

Redefine Night Vision

Sekiranya anda kerap mengambil gambar pada waktu malam, siri vivo X60 antara yang perlu nantikan. Penawaran teknologi Extreme Night Vision 2.0 membolehkan vivo menggunakan teknologi AI dalam mengurangkan noise sekaligus membuatkan gambar yang diambil tampil lebih cerah meskipun diambil pada keadaan malap.

Dilengkapi 7 filter berbeza buat para pengguna

Sering kali pengguna akan menggunakan aplikasi pihak ketiga semata-mata untuk mencari filter terbaik untuk dipadankan pada gambar yang diambil. Walau bagaimanapun, menerusi model terbaru vivo ini, para pengguna tidak perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Sebaliknya, vivo sedia menawarkan tujuh filter yang hadir dengan pelbagai warna untuk dipadankan pada gambar yang diambil menggunakan vivo dengan lensa ZEISS. Berikut antara filter yang ditawarkan vivo pada model kali ini.

Dark and Golden 黑金

FILTER BLACK AND GOLDEN

Blue Ice 蓝冰

FILTER BLUE ICE

Green Orange 青橙

FILTER GREEN ORANGE

Cybberpunk 赛博朋克

FILTER CYBERPUNK

Dark Red 暗黑猩红

FILTER DARK RED

Blue Orange 蓝橙

FILTER BLUE ORANGE

Sliver Orange 银橙

FILTER SILVER ORANGE

Disertakan Qualcomm® Snapdragon™ 870

Qualcomm Snapdragon 870

Tidak hanya memfokuskan kepada kamera semata-mata, siri vivo X60 turut sedia menawarkan spesifikasi terbaik buat para pengguna. Pada siri kali ini, vivo telah memilih untuk menggunakan processor Snapdragon 870 yang mampu menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 10% pada CPU dan GPU.

Selain itu, para pengguna pastinya tidak akan bosan dengan model ini berikutan penawaran refresh rate 120Hz sekaligus membuatkan penggunaan model ini lebih menghiburkan sewaktu membuat rakaman video atau bermain game. Oh ya, model ini juga turut menyokong rangkaian internet 5G.

Tarikh pelancaran siri vivo X60

2734522e39e378deda11f01b6181705c-800×450

Siri vivo X60 baru sahaja dilancarkan 22 Mac lalu serta mendapat sambutan meriah daripada orang ramai menerusi teknologi yang ditawarkan. Sekiranya anda mahukan telefon pintar dengan cip pemprosesan Snapdragon 870 beserta teknologi kamera dengan kerjasama ZEISS, siri vivo X60 antara yang perlu anda dapatkan.

Buat anda yang berminat serta mahu menjadi yang terawal memiliki siri vivo X60, anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya menerusi E-StoreLazada dan juga Shopee. Khas buat pembeli terawal, vivo turut menawarkan beberapa hadiah menarik bernilai sehingga RM857. Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk dapatkan vivo X60 dan vivo X60 Pro dengan harga promosi yang berbaloi.

The Vocket

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Apple bakal perkenal generasi iPad baharu Selasa ini

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Apple bakal mengadakan acara pertamanya untuk tahun ini yang bertemakan 'Spring Loaded' pada Selasa ini. Ia adalah majlis pertama untuk Apple...

Artis serba boleh

MESKIPUN penularan Covid-19 dalam negara sejak tahun lalu, menghalang kebanyakan penyanyi terbabit dengan aktiviti persembahan, ia tidak mematahkan semangat penyanyi Atilia Haron untuk terus...

2.7 juta tonton konsert BTS

Seoul: Lebih 2.7 juta menonton konsert kumpulan BTS, BANG BANG CON 2021 di seluruh dunia yang berlangsung secara maya, kelmarin. Agensinya, Big Hit Music mengumumkan...