Vaksin Sinovac Dakwa Selamat Untuk Kanak-Kanak

- Advertisement -

TAIPEI: Sinovac berkata, vaksin COVID-19 keluarannya selamat bagi kanak-kanak dan remaja berusia 3-17 tahun dan ia sudah menyerahkan data berkenaan kepada pengawal selia ubat-ubatan China.

Lebih 70 juta suntikan vaksin Sinovac sudah diberikan di seluruh dunia, termasuk di China.

China membenarkan penggunaan vaksin itu pada orang dewasa tetapi ia belum digunakan pada kanak-kanak, kerana sistem kekebalan tubuh mereka mungkin bertindak balas berbeza terhadap vaksin berkenaan.

Pengarah Perubatan Sinovac, Gang Zeng, pada sidang akhbar semalam berkata, berdasarkan ujian klinikal peringkat awal dan pertengahan ke atas lebih 550 subjek menunjukkan bahawa vaksin itu akan mendorong tindak balas imun.

Zeng berkata, dua penerima, masing-masing berusia tiga dan enam tahun mengalami demam kuat akibat tindak balas terhadap vaksin, manakala yang lainnya hanya mengalami gejala ringan.

“Ini menunjukkan bahawa vaksin itu selamat dan akan menimbulkan tindak balas imun yang berpotensi berguna terhadap SARS-CoV-2,” kata Eng Eong Ooi, seorang profesor di sekolah Perubatan Duke NUS di Singapura yang bersama-sama memimpin pembangunan vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, katanya data yang diberikan secara terbuka oleh syarikat itu tidak cukup untuk memberikan jawapan konklusif mengenai penemuan itu.

Walaupun kempen imunisasi di seluruh dunia difokuskan kepada orang dewasa, kanak-kanak perlu diimunisasi untuk mengakhiri pandemik terbabit.

Vaksin Pfizer selamat untuk digunakan bermula pada usia 16 tahun dan sedang dikaji kepada usia 12-16.

Moderna sudah mengkaji vaksinnya ke atas kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas, dan minggu lalu mengumumkan kajian baharu yang menguji penggunaannya pada kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

Sinopharm yang mempunyai dua vaksin COVID-19, juga mengkaji keberkesanan vaksinnya kepada kanak-kanak.

Syarikat itu berkata, ia sudah menyerahkan data klinikal kepada pengawal selia, walaupun tidak dipastikan sama ada ia membabitkan kedua-dua vaksin.

– BERITA HARIAN / AGENSI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat