Mahkamah Bebaskan Sanusi Daripada Pertuduhan Hasutan

- Advertisement -

SHAH ALAM, 24 Februari – Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor daripada pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya terhadap mantan Yang di-Pertuan Agong pada 11 Julai 2023.

Kes ini dijadualkan untuk perbicaraan sehingga 27 Februari, namun pada awal prosiding, pendakwa raya memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah menerima perkembangan terkini berkaitan representasi yang dikemukakan oleh pihak tertuduh.

Sanusi telah menerima titah pengampunan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 14 Februari. Berikutan itu, Peguam Negara memohon untuk menarik balik pertuduhan tanpa dilepaskan (discharged not amounting to acquittal).

Bagaimanapun, selepas mendengar hujahan pihak pembelaan yang menegaskan bahawa tertuduh harus dilepas dan dibebaskan sepenuhnya, Yang Arif Datuk Aslam Zainuddin memutuskan untuk melepas dan membebaskan beliau sepenuhnya.

Untuk rekod, pada 10 Disember lalu, Mahkamah Tinggi turut membebaskan Sanusi daripada pertuduhan berkaitan Sultan Selangor selepas baginda berkenan memberikan pengampunan.

Sanusi diwakili oleh lima peguam yang diketuai Tuan Haji Awang Armadajaya Awang Mahmud, bersama Wan Rohimi Wan Daud, Ahmad Tajudin Abd Razak, Hasshahari Johari Mawi, dan Mohd Razlan Jalaludin. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat