Tanpa Umno, DAP tak jadi kerajaan, hormatlah – MP Pas

KUALA LUMPUR – DAP dinasihatkan supaya menghormati Umno sekali gus mengingatkan tanpa sokongan dari Umno tentutnya DAP tidak membarisi tampuk kuasa Kerajaan Madani.

Ahli Parlimen Pas Bachok Syahir Sulaiman juga mengingatkan DAP bahawa tanpa Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak akan menjadi Perdana Menteri.

“DAP yang diraikan, hari yang meraikan.

“Kepada DAP, hormatilah Umno.

“Tanpa UMNO, Anwar tidak jadi Perdana Menteri, DAP tidak jadi kerajaan,” tegas Syahir.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden Pas sekali lagi memberitahu Umno bahawa pintu kerjasama antara Pas dan Umno terbuka luas.

“Kepada Umno, pintu terbuka luas.

“Perpaduan ummah yang boleh diperkukuh, atau Kerajaan Perpaduan yang semakin rapuh. Tepuk dada, tanya iman,” ujar Syahir.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat