Zahid betul, kerajaan perlu dengar cakap BN – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Puad Zarkashi bersetuju dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendengar pandangan Barisan Nasional (BN) jika ingin Kerajaan Perpaduan ini kekal hingga ke PRU-16.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu menegaskan, Umno khususnya, amat mengutamakan kesetiaan berpolitik.

“Amat tepat bila Zahid menegaskan sila dengar pandangan BN jika mahu kerajaan perpaduan ini kekal hingga ke PRU 16. Umno khususnya, amat mengutamakan kesetiaan berpolitik.

“Sebab itu BN kekal selepas 50 tahun walaupun perbezaan pendapat ada kalanya tegang.

“Sebab itu juga Umno tidak boleh kekal lama dengan Pas dan Bersatu. Dua kali perkahwinan Umno dengan Pas berakhir dengan perceraian. Iaitu masa Pas sertai BN 7 Mac 1974 dan membentuk Muafakat Nasional (MN),” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurut Puad, PRN Sabah menguji sama ada setiap parti mendengar antara satu dengan lain.

“Khususnya BN-PH dengan GRS atau BN-PH dengan Warisan.

“Umum mengetahui Umno kurang mesra dengan GRS dan PH pula kurang mesra dengan Warisan,” katanya.

Zahid sebelum itu berkata Umno yang merupakan tunjang BN amat mengambil berat soal kesetiaan dalam berpolitik.

Justeru katanya, pendapat BN harus didengari bagi mewujudkan kerajaan yang stabil.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat