Angin Kencang dan Laut Bergelora di Perairan Laut China Selatan Mulai Isnin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan, termasuk kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung Isnin hingga Rabu ini.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan ke kawasan berkenaan dan sentiasa peka dengan maklumat terkini.

“Kebarangkalian untuk berlaku hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung adalah rendah berikutan paras kelembapan udara rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MetMalaysia turur meramalkan hujan atau ribut petir di satu, dua tempat di pantai Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuching, Betong, Mukah, Sarikei, Sibu dan Bintulu di Sarawak serta Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah.

Dalam pada itu di sebelah petang pula ribut petir diramal berlaku di satu, dua tempat di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Pantai Barat dan pedalaman Sabah serta Labuan, manakala kawasan lain mendung atau tiada hujan.

Ramalan hujan di satu, dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Limbang, Miri dan Kapit di Sarawak, Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan pedalaman Sabah serta Labuan, manakala tiada hujan di lokaliti lain pada malam hari sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat