Majlis Peguam Gesa Penubuhan Organisasi Bebas Luar Untuk Lindungi Hak Tahanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia menggesa agar sebuah organisasi bebas dari luar ditubuhkan bagi menyiasat semua kematian dalam tahanan selepas Mahkamah Koroner di Shah Alam semalam mendapati kecuaian polis menjadi penyebab kematian S.Thanabalan pada 2018.

Presidennya Salim Bashir berkata majlis itu berpandangan bahawa sistem pengawasan awam dari luar akan melengkapi dan meningkatkan mekanisme sedia ada serta mewujudkan akauntabiliti bagi pihak berkuasa yang melakukan penahanan.

“Majlis Peguam Malaysia memuji keputusan koroner namun meminta agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan unit perubatan di pusat tahanan di seluruh negara,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata apabila seseorang itu ditahan secara sah, undang-undang menetapkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pegawai pusat tahanan bagi memastikan serta menjaga kesihatan dan keselamatan individu yang berada dalam tahanan.

Katanya pihak berkuasa yang melakukan penahanan harus memastikan bahawa rawatan perubatan disediakan untuk semua suspek terutama mereka yang berdepan risiko kesihatan dan berpenyakit.

Menurut kenyataan itu, Majlis Peguam Malaysia turut menggesa pihak berkuasa yang melakukan penahanan agar memastikan suspek mendapat akses kepada kebersihan dan kemudahan asas semasa berada di dalam lokap.

“Majlis Peguam Malaysia berharap berdasarkan keputusan Mahkamah Koroner di Shah Alam dalam kes kematian Thanabalan Subramaniam, satu siasatan menyeluruh harus dilakukan untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kematiannya ke muka pengadilan,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat