Ribuan Trak Terkandas Selepas Perancis Sekat Kemasukan Dari UK

- Advertisement -

KENT: Lebih 1,500 pemandu trak terkandas di Kent selepas penutupan sempadan oleh Perancis.

Setakat ini, lebih 40 negara telah menyekat kemasukan dari United Kingdom (UK) selepas varian baharu COVID-19 dikesan di negara itu.

Sekitar 10,000 trak melalui pelabuhan Dover untuk merentasi sempadan setiap hari.

Jumlah ini merangkumi 20 peratus perdagangan UK.

Walaupun sekatan Perancis tidak melibatkan kemasukan trak ke UK dari Perancis, namun kebanyakan pemandu trak khuatir tidak dapat keluar dari Britain selepas merentasi sempadan.

Pada hujung minggu lalu, perdana menteri Boris Johnson menguatkuasakan perintah berkurung yang lebih ketat akibat varian baharu COVID-19 yang dilapor menyebabkan virus itu lebih mudah tersebar.

Rundingan untuk membuka sempadan di antara UK dan Perancis masih lagi berlangsung.

Manakala Kesatuan Eropah (EU) sedang merundingkan dasar yang selaras bagi mengawal kemasukan dari UK – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat