MP PN wajar disekolahkan gemar bawa isu poligami di Dewan Rakyat – Nie Ching

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli -ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) wajar disekolahkan kerana kerapa membawa isu poligami di Dewan Rakyat.

Teo Nie Ching (PH-Pulai) menempelak cadangan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) bahawa poligami sebagai satu daripada jalan keluar untuk menyelesaikan isu wanita lambat berkahwin yang semakin meningkat di negara ini.

“Semalam (Selasa), Ahli Parlimen Lumut (Nordin Ahmad Ismail) memaklumkan Dewan bahawa beliau ada hati nak tambah isteri nombor dua, hari ini (Rabu) Ahli Parlimen Kubang Kerian (Tuan Ibrahim) mencadangkan poligami bagi menyelesaikan masalah (wanita) kahwin lambat.

“Ahli Parlimen PN ini wajib disekolahkan lagi,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim ketika mencelah pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, isu ‘bujang senja’ atau wanita lambat berkahwin mungkin dapat diatasi melalui poligami.

Bagaimanapun, berlaku sedikit kekecohan apabila Yeo Bee Yin (PH-Puchong) bangkit dan meminta Tuan Ibrahim menarik balik cadangan itu.

Bee Yin mendakwa syor berkenaan bersifat seksis dan menyinggung perasaan golongan isteri kerana ia seolah-olah memberi galakan kepada suami untuk berpoligami.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menafikannya dan enggan menarik balik kenyataan terbabit.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri hanya menjawab ringkas mengenai saranan terbabit.

“Yang disarankan untuk poligami saya agak kurang setuju untuk masa ini,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat