Gudang ‘Kereta Potong’ Terbakar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Puluhan kereta potong dan aksesori kenderaan terpakai yang disimpan dalam sebuah gudang berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) di sini, terbakar petang tadi.

Gudang berkenaan terletak di Jalan Kuching, bersebelahan susur keluar dari lebuhraya berkenaan menuju ke Bandar Manjalara dan Segambut Dalam.

Berdasarkan beberapa rakaman video yang tular dipercayai dirakam oleh pengguna lebuh raya, gudang yang menempatkan puluhan bahagian kenderaan terbakar sejak jam 6 petang tadi dan api masih lagi marak pada bahagian tengah gudang berkenaan.

Asap dari kebakaran itu dapat dilihat oleh mereka yang datang dari arah utara melalui Plaza Tol Jalan Duta.

Setakat ini pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, dilaporkan sudah menghantar jentera dari balai bomba berhampiran ke lokasi kejadian, namun belum ada sebarang maklumat dilaporkan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat