700,000 Isi Rumah Akan Terima BKC Fasa 2 Mulai Khamis Ini – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengumumkan pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai Khamis ini dengan peruntukan berjumlah RM300 juta.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran kedua itu melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

Beliau berkata, ia merupakan lanjutan pembayaran Fasa 1 BKC yang selesai dibuat pada September lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion dan memanfaatkan hampir 10 juta penerima.

“Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

“Untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima dan jumlah bantuan yang bakal diterima, warga Keluarga Malaysia boleh merujuk Jadual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ismail Sabri berkata, pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan depan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Kata beliau, BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Beliau menjelaskan, Kerajaan mengumumkan Pakej PEMULIH pada 28 Jun lalu sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

“Ingin saya tegaskan kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat